KATA KATA ALUAN PENGERUSI MASJID AT TAQWA
  • Kulia
    A

    Assalamualaikum Wr. Wb.

    Syukur Alhamdulillah saya panjatkan kepada Allah SWT kerana kini kita telahpun berada dalam bulan Ramadhan Al Mubarak, bulan yang penuh barakah.  Kita telahpun masuk ke minggu kedua berpuasa.  Insya Allah semoga diberi Allah ganjaran yang sewajarnya.

    Ada berita baik untuk semua ahli kariah.  Sekali lagi syukur saya ke hadrat Ilahi kerana berkat usaha ahli-ahli kariah kita, kita berpeluang untuk melayari laman web Masjid At-Taqwa untuk menghayati tafsir Al-Quran di kuliah subuh yang dikendalikan oleh Dr. Abdul Hayei Sukor setiap subuh kecuali hari Ahad.

    Ini adalah hasil usaha gigih oleh Hj. Akhbar Satar, ahli Jawatankuasa Kecil Seranta Dan Silaturrahim, pencipta laman web Masjid At-Taqwa dengan usahasama Tuan Hj. Abdul Rahman Yaacob dan rakan-rakan yang telah bermuafakat membuat liputan video setiap subuh melalui laman web mereka www.tafsir-quran.com. Syukur alhamdulillah mereka telah memberi kebenaran untuk disiarkan kepada kita melalui laman web Masjid At-Taqwa www.attaqwa.com.my. Kini setiap ahli kariah boleh melayari laman web Masjid At-Taqwa untuk mengikuti kuliah subuh. Untuk pengetahuan anda sekalian, laman web tafsir quran belum siap sepenuhnya kerana ia masih dalam proses rakaman.

    Saya mewakili semua ahli Jawatankuasa Induk Masjid At-Taqwa (JIMAT) merakamkan berbanyak-banyak terima kasih dan syabas atas usaha  murni ini yang akan memberi manfaat kepada bukan saja ahli kariah, malah kepada seluruh umat islam di seluruh pelusuk dunia. Semoga usaha tuan-tuan akan mendapat ganjaran yang berlipat ganda daripada Allah SWT seperti yang dijanjikanNya terutama sekali dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak ini. Kepada semua ahli kariah, selamat melayari laman web Masjid At-Taqwa.

    Sekian, terima kasih. Wattaufiq walhidaayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

    Tan Sri Dato’ Kamaruzzaman bin Shariff
    Pengerusi 
    Masjid At-Taqwa,
    Taman Tun Dr Ismail
    Kuala Lumpur

Home